Wednesday, August 22, 2012

Definisi Bidaah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah

Definisi Bidaah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah
 

Oleh: Sheikh DR. Gibril Fouâd Haddâd
 

Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian:
I. Definisi Bid‘ah oleh Imam al-Shafi’e (ra).

II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan Ahlul Sunnah wal  Jamaah dan selainnya.
 

I. Definisi Bid‘ah Mengikut Imam Shafi’e:
Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu samada ‘baik’ atau
‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari‘at.


Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu,
pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al- Rabî` ibn Sulaymân al- Murâdî: Harmala menyebut, “Aku mendengar Imam al-Shâfi’e (r.a) berkata:
“Bid‘ah itu dua jenis ( al-bid‘atu bid`atân )” . “Bid‘ah yang dipuji ( bid‘ah mahmûdah ) dan bid‘ah yang
dikeji ( bid‘ah mazmûmah) .Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji ( mahmûdah ) dan apa yang bertentangan itu dikeji ( mazmûmah).”
 

Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khattâb (r.a) kepada jemaah yang
mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan Ramadân dengan katanya:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”


Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam Al-Shâfi`î berkata kepada kami:
‘Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muh dathâtu min al- umûri darbâin):
Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan al-Qur’an atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijmâ’
para ulama’, maka bid‘ah itu adalah sesat (fa hâdhihi al bid‘atu dalâlah).
 

Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan (mâ uhditha min al-khayr) yang tidak
bertentangan dengan mana-mana pun di atas, dan ini bukan bid‘ah yang dikeji (wa hâdhihi muhdathatun
ghayru madhmûmah).


`Umar (r.a) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan Ramadhan:“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” bermaksud bahawa ‘perkara baharu’ yang diada adakan yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara diatas (Al-Qur’an, Sunnah, athar Sahabat dan Ijma’).’”
 

Oleh itu, Imam al-Shâfie telah meletakkan suatu kriteria asas, yang perlu digunakan dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu ‘perkara baharu’. Sehubungan dengan itu Imâm al- Haytamî, Qâdî Abû Bakr Ibn
al-`Arabî, dan Imâm al-Lacknawî seterusnya menyambung:
“Bid‘ah dari segi Shari‘atnya ialah apa jua perkara baharu yang diadakan yang bertentangan dengan hukum
yang diturunkan Allah, samada berdasarkan dalil-dalil yang nyata atau pun dalil-dalil umum”.


“Hanya Bid‘ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji”.
“Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak
mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”.
 

Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi sesuatu perkara itu dikira ‘bid‘ah’ [dan sesat] hanya semata-mata kerana ianya ‘perkara baharu’; tetapi ianya perlulah juga dimasa yang sama bertentangan dengan Islam .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...