Hadist-Hadist Keutamaan Bulan Sya’ban
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim
Bulan
Sya’ban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt. Syaban adalah
bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam
seluruhnya.
Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat
dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat
dengan berganda. Ini mengikuti sunah Nabi kita Muhammad saw yang banyak
meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.
Hadis
yang diriwayatkan oleh Al-Nasa’i dari Usamah bin Zaid ra berkata : ”Aku
bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat
baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan
Syaaban.
Baginda menjawab: ”Bulan yang banyak manusia lalai dan
adalah bulan di antara Rajab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan
diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amat
suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa.”
Sebenarnya
amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal
ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan
hamba.
Hadis ini menunjukkan bahwa banyak orang yang lalai dalam
bulan Syaa’ban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal
ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat
kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini karena adat Jahiliyah dahulu
orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rajab dan melupakan
bulan Syaaban.
Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa
sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya diikti oleh bulan
Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada
bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi
menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.
Bagi
mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan
tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti. Sebuah hadis lagi
yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah
Rasulullah saw.
1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa
beliau saw tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa dalam setahun
sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung
puasa Ramadan.
2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ”Aku
tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut
kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.
3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa diseluruh bulan Syaban.
Berkenaan
dengan kelebihan Nisfu Sya’ban yaitu malam pertengahan bulan Syaban
pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban
dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw
bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam
Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh
hambanya kecuali mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang
menyebarkan fitnah.
Dalam hadis yang lain sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ”Allah swt
memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni
dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, yaitu orang yang membunuh diri dan
orang yang menyebarkan fitnah.
Hadis-hadis ini
menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa.
Ibadah mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah saw
yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa
Allah swt sedia memberi ampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ibadat pada malam Nisfu Syaaban :
Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah:
1. Sholat Sunah Khoir
2. Membaca Surat Yasin 3x dan al-Quran. Kalau bisa menghabiskan
semuanya, sekurang-kurangnya membaca Al An-am.
3. Banyak beristighfar kepada Allah.
4. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan
zikir yang ma’thur.
Kita
mesti ingat bahwa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada
malam Nisfu Syaban saja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan
petang, siang dan malam.
Peristiwa yang paling bersejarah pada bulan Syaban :
Peristiwa
pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan
kiblat shalat dari masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah.
Dalam
satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim oleh seorang
sahabat al-Bara’ bin Azib dijelaskan maksudnya: ”Selepas Rasulullah
sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat shalat ke arah
kiblat Baitul Makdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas
bulan. Selepas itu barulah diturunkan wahyu menyuruh Nabi saw berkiblat
kearah Kabah di Mekah.
Peristiwa pertukaran kiblat berlaku
di dalam masjid Qiblatain. Perintah pertukaran kiblat berlaku ketika
Rasulullah sedang shalat Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di
Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah mempertanyakan
dakwah Rasulullah saw. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.
Maksudnya:
Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan
mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitul Maqdis) yang dahulunya
mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan
barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke
jalan yang lurus.
Hikmah : Peristiwa ini berlaku pada
tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt
untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang
dikabulkan oleh Allah swt. Ini karena Rasulullah saw sudah lama
mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran
kiblat ke Ka’bah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan
oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Malam Nisfu Sya’ban
Malam
15 Syaban atau lebih dikenal dengan malam Nisfu Syaban adalah satu
malam yang sunah dirayakan dalam syariat Islam karena ia merupakan malam
yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam Nisfu Syaban
ini sabaiknya kita hidupkan malam dengan membaca Surah Yaasiin tiga
kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca
Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan
memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon
agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah
rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban
dengan membaca zikir, mawlid dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban
Artinya
: Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang memiliki Karunia, dan tiada siapa
mengkaruniakan kepada-Nya, Ya Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan
Kebesaran, Ya Tuhan yang memiliki Karunian, tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba saja,
tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat
perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat
keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan.
Kiranya
Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Lauh
Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan
daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi
Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia.
Dan kiranya
Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Lauh
Mahfudz akan seorang yang dicegah dari kebajikan, dan seorang yang
disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan daripada hamba, dan
mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan
hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan
kebajikan kerana bahwasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang
telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala
menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia
hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”
Agenda Syaban :
15 Sya’ban : Laylat al-Bara’ah, malam pertengahan (nisfu) Syaban
26 Sya’ban 1340 H/21 April 1922 Lahirnya Syekh Muhammad
Nazim Adil al-Haqqani QS
No comments:
Post a Comment